Skip to main content

الحمد لله

Alhamdulillah. Skrg dh 19 tahun.
Dgn umur yg semakin meningkat, kematangan pn diharap semakin meningkat.
Matang dlm berfikir, matang dlm bertindak, matang dlm menempuh pahit manis kehidupan.
Semoga segala ujian yg Allah berikan kpd aku, membuatkan aku menjadi insan yg jauh lebih baik daripada yg sebelumnya.

Syukur, Alhamdulillah.
Rasa bersyukur sgt-sgt skrg.
Walaupun Allah tak bagi apa yg aku inginkan, tapi Allah bagi apa yg aku perlukan.
Dia tahu apa yg terbaik buat hamba-Nya yg lemah ini. Bukan semua benda yg kita inginkan itu sebenarnya baik utk kita. Boleh jadi apa-apa perkara yg kita suka itu mungkin tidak baik bagi kita. Dan apa-apa perkara yg kita tidak suka itu mgkin adalah baik utk kita.

Bila kita minta supaya Allah berikan kekuatan dlm menempuh ujian, Dia berikan kita ujian.
Bila kita minta supaya Allah berikan sedikit kesabaran dlm diri, Dia berikan kita ujian.
Dan ujian-ujian yg Allah berikan itu mmbuatkan hatiku skrg dh kebal. Kuat. Dan lebih teguh.
Perkara-perkara yg lepas dh cukup utk mengajar aku supaya aku lebih menggunakan otak utk berfikir dlm melakukan sesuatu perkara.
Jgnlah naif sgt. Jgn jadi bodoh. Dan jgn biarkan diri kita diperbodohkan oleh seorg manusia.
Cukuplah selama ni aku bagi muka & brsikap terlalu baik terhadap manusia-manusia yg tak reti menghargai segala-galanya.

Ramai sebenarnya org yg sayangkan diri ini.
Allah tunjukkan pda aku.
Org-org di sekeliling aku rupa-rupanya sgt menyayangi aku.
Utk apa aku kejar manusia yg mungkin entah betul2 sayang aku atau tak, kn?
Cukuplah, aku dh penat. Aku dh malas.
Dan aku tak pernah menyesal. Sbb aku tahu, aku dh cuba yg terbaik.
Takkan nk melutut merayu meratap kesedihan smpai bila-bila kn? Mcm bodo je en.
Come on, la. Org lembik je yg buat mcm tu.
Dan aku bukan mcm tu.
Aku tak pernah menyesal sbb aku dh lepaskan segala-galanya pergi.
Akan hadir seseorang yg jauh lebih menyayangi dan mghargai aku 1 hari nnti.
Yakin, Allah simpankan dia utk aku :)
Bila sampai masanya, aku miliknya.
Kalau pn tidak, biarlah aku milik Allah selama-lamanya.

Cukuplah segala kisah silam aku biarlah segala-galanya mati sampai di situ shja.
Biarkan rasa, hati dan perasaan itu aku lepaskan. Biar Dia yg tentukan segala-galanya.
Biarlah org buat apa-apa pn pada kita, biar Dia shja yg menilai. Biar Dia shja yg membalas.

Kejahatan tak sepatutnya dibalas dgn kejahatan.
Biar kebaikan itu hadir, agar kejahatan itu sendirinya kalah dek kebaikan.
Sakit tak sepatutnya dibalas dgn sakit.
Biar salah seorg jdi pengubatnya, agar rasa sakit itu hilang. Dan terus pulih, hingga dpt kita lupakan.

Mana mungkin kenangan lalu kita boleh lupakan. Kn?
Tapi, jika hati reda dan ikhlas,
segala-galanya akan dpt kita lepaskan dgn sendiri.

Menyesal? Skrg tak ada gunanya lagi.
Pergilah cari jalan hidup kau sendiri.
Belajarlah sesuatu dari perkara ini.
Terima kasih utk segala-galanya.
Semoga berjaya mencari insan yg sayangkn kau seperti mna aku yg dlu sayangkan kau.

Aku yg dulu dah hilang.
Tak guna kalau nk cari dia lagi.
Dia dah tak ada.

Biar Dia yg tentukan jln cerita ini.
Kerana Dia yg Maha Mengetahui segala-galanya.
Aku tak pernah menyesal.
Kerana aku kini lebih bahagia daripada dahulu :)

Alhamdulillah :)

Popular posts from this blog

'17

I am letting you go

I forgive you. Not for you, but for me. I forgive you because hate is just another way of holding on, and you don't belong here anymore. So, I must forgive you. Not because you deserve forgiveness, but because I deserve peace and happiness :)


P/s: look, some people don't deserve forgiveness, so do you. But I had no other choice than to forgive you lol. I'm removing you out of my life! Bcs you don't belong here anymore. Hiks. So, tq bitch! I hope not to see you again after this! :p

I wish I could tell you