Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

.

Ya Allah, sakitnya!

Ya Allah,

Kalau benar bukan dia yang terbaik untukku, Kau jauhkanlah aku daripada dia.
Sekiranya benar, aku tidak setaraf untuk bersama dengannya, Kau pisahkanlah jarak antara kami.
Jika dia insan yang tidak layak untuk merasakan perasaan ini, Kau matikanlah perasaanku ini terhadapnya.
Jika perasaan kasihku ini terlalu banyak buatnya, Kau buanglah segala rasa yang penuh di hati ini.
Sekiranya hadirku cuma membinasakan dia, Kau padamkanlah namaku dari hati & ingatannya.
Sekiranya benar, aku layak mendapatkan yang lebih baik dari ini, Kau tunjukkanlah.
Sekiranya aku memang tidak ditakdirkan untuknya, Kau berilah aku petunjuk, Kau kuatkanlah hatiku. Kau hapuskanlah rasa sedih & pedih yang selalu ada di dalam hati ini, Kau gantilah sakit ini dengan bahagia & senyuman buatku. Kau datangkanlah segala kebaikan yang dapat menyembuh luka hati ini. Kau kurniakanlah kebahagiaan yang jauh lebih baik buat dia. Kau berikanlah sebaik-sebaik kejayaan buat dia di sana.…