Skip to main content

.




Ya Allah, sakitnya!

Ya Allah,

Kalau benar bukan dia yang terbaik untukku, Kau jauhkanlah aku daripada dia.
Sekiranya benar, aku tidak setaraf untuk bersama dengannya, Kau pisahkanlah jarak antara kami.
Jika dia insan yang tidak layak untuk merasakan perasaan ini, Kau matikanlah perasaanku ini terhadapnya.
Jika perasaan kasihku ini terlalu banyak buatnya, Kau buanglah segala rasa yang penuh di hati ini.
Sekiranya hadirku cuma membinasakan dia, Kau padamkanlah namaku dari hati & ingatannya.
Sekiranya benar, aku layak mendapatkan yang lebih baik dari ini, Kau tunjukkanlah.
Sekiranya aku memang tidak ditakdirkan untuknya, Kau berilah aku petunjuk, Kau kuatkanlah hatiku. Kau hapuskanlah rasa sedih & pedih yang selalu ada di dalam hati ini, Kau gantilah sakit ini dengan bahagia & senyuman buatku. Kau datangkanlah segala kebaikan yang dapat menyembuh luka hati ini. Kau kurniakanlah kebahagiaan yang jauh lebih baik buat dia. Kau berikanlah sebaik-sebaik kejayaan buat dia di sana. Kau temukanlah dia dengan seseorang yang layak untuk bersama dengannya.

Kau padamlah aku dari ingatannya, Allah..
Amin.

Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui
Hanya Engkau yang Maha Kuasa
Engkaulah pemilik hati tiap-tiap hamba-Mu
Tetapkanlah hatiku ini kuat & teguh

Comments

Popular posts from this blog

'17

Slowly, but surely..

Tak akan boleh dengan perasaan sendiri kau tipu Walau kau cuba sedaya mampu Untuk lupa dan buang kenangan lalu Kau akhirnya tewas dengan perasaan itu Bukan mudah untuk luka itu pulih Tapi ini jalan yang telah aku pilih Untuk buang segala rasa sedih Yang selama ini kasih aku, kau sisih Masih belum mampu untuk aku buang semua tentang kita Walau aku cuba untuk pergi jauh langkah sejuta Tapi kau kejar, ingatkan aku semua tentang kita Kata kau, hanya kita yang kenal hati sesama kita Tak mampu aku tafsir, apa kata kau itu cuma sekadar dusta? Kerana susah untuk aku percaya lagi pada segala kata Yang datangnya dari kau, seorang yang pernah aku cinta
Kini, aku cuba untuk pergi jauh. Tapi semakin aku cuba, semakin itu juga kau hadir. Cukup. Pergilah kau berserta kenangan lalu
Aku mampu melupakan, Perlahan-lahan, tapi pasti...aku akan ke hadapan.

tq

Tak ada kata-kata lain lagi daripada saya untuk awak, selain ucapan "Terima kasih".

Terima kasih sangat-sangat sebab awak banyak ajar hati ini untuk jadi kuat.
Dan untuk seorang budak yang lembab ni, berusaha setiap hari, setiap minggu, setiap masa untuk jadi yang terbaik dan lebih cantik daripada yang sebelumnya, dia memerlukan 120% usaha daripada dirinya sendiri dan itu semua bukan senang.

Mungkin usaha dia untuk jaga hati awak, teman awak, gembirakan awak, selesakan awak masa hari jadi awak dan tiap-tiap hari tu pun cuma usaha kecil daripada dia yang awak mungkin tak nampak pun dalam setiap hari awak bersama dengan dia. Mungkin bagi awak, semua tu cuma alah! benda kecik secebis je pun, atau mungkin, tak ada nilai pun.

Tapi fikirlah, kalau setiap apa yang dia lakukan untuk awak tu, dia lakukan bersama-sama dengan hati yang tak harapkan apa-apa balasan pun daripada awak. Bagi budak lembab macam saya ni, cukuplah kalau awak happy setiap hari dan memang seronokkk sangat rasan…