Skip to main content

tq

Tak ada kata-kata lain lagi daripada saya untuk awak, selain ucapan "Terima kasih".

Terima kasih sangat-sangat sebab awak banyak ajar hati ini untuk jadi kuat.
Dan untuk seorang budak yang lembab ni, berusaha setiap hari, setiap minggu, setiap masa untuk jadi yang terbaik dan lebih cantik daripada yang sebelumnya, dia memerlukan 120% usaha daripada dirinya sendiri dan itu semua bukan senang.

Mungkin usaha dia untuk jaga hati awak, teman awak, gembirakan awak, selesakan awak masa hari jadi awak dan tiap-tiap hari tu pun cuma usaha kecil daripada dia yang awak mungkin tak nampak pun dalam setiap hari awak bersama dengan dia. Mungkin bagi awak, semua tu cuma alah! benda kecik secebis je pun, atau mungkin, tak ada nilai pun.

Tapi fikirlah, kalau setiap apa yang dia lakukan untuk awak tu, dia lakukan bersama-sama dengan hati yang tak harapkan apa-apa balasan pun daripada awak. Bagi budak lembab macam saya ni, cukuplah kalau awak happy setiap hari dan memang seronokkk sangat rasanya kalau dalam satu hari tu saya dapat buat awak happy, walaupun saya sendiri pun tak happy.

Adil ke kalau awak buat macam ni dekat dia?

Terima kasih tau sebab awak selalu buat dia fight dengan diri dia sendiri dan dalam apa-apa benda yang dia buat pun, dia selalu cuba sehabis baik dan yang terrrbaik yang dia boleh buat untuk awak. Tapi tu lah, tak tahu lah silap dia dekat mana. Mungkin sebab memang dari awal lagi kot awak tak suka dekat dia, jadi awak selalu sakitkan dia, supaya apa? Supaya lama-lama nanti awak nak suruh dia give up ke? Macam tu ke? Hell no. Dari 28 Feb 2015, sampai skrg, nak dekat setahun dah awak. Senang-senang je awak nak suruh dia give up lepas dia dah buat macam-macam untuk awak. Ke macam mana awak?

Terima kasih sangat-sangat kat awak tau atas banyak benda lagi lah. Tak larat nak type panjang lebar lagi. Dapat luah sikit je pun dah cukuplah rasanya. Esok kelas pukul 8.

Tak mintak apa-apa pun daripada awak. Tapi at least, sebelum awak buat apa-apa, fikir dan ingatlah dekat budak gemuk yang lembab, yang tak cantik ni, dia selalu cuba untuk jaga hati awak, setiap masa, walau dekat mana dia berada sekali pun.

Comments

Popular posts from this blog

'17

I am letting you go

I forgive you. Not for you, but for me. I forgive you because hate is just another way of holding on, and you don't belong here anymore. So, I must forgive you. Not because you deserve forgiveness, but because I deserve peace and happiness :)


P/s: look, some people don't deserve forgiveness, so do you. But I had no other choice than to forgive you lol. I'm removing you out of my life! Bcs you don't belong here anymore. Hiks. So, tq bitch! I hope not to see you again after this! :p

Slowly, but surely..

Tak akan boleh dengan perasaan sendiri kau tipu Walau kau cuba sedaya mampu Untuk lupa dan buang kenangan lalu Kau akhirnya tewas dengan perasaan itu Bukan mudah untuk luka itu pulih Tapi ini jalan yang telah aku pilih Untuk buang segala rasa sedih Yang selama ini kasih aku, kau sisih Masih belum mampu untuk aku buang semua tentang kita Walau aku cuba untuk pergi jauh langkah sejuta Tapi kau kejar, ingatkan aku semua tentang kita Kata kau, hanya kita yang kenal hati sesama kita Tak mampu aku tafsir, apa kata kau itu cuma sekadar dusta? Kerana susah untuk aku percaya lagi pada segala kata Yang datangnya dari kau, seorang yang pernah aku cinta
Kini, aku cuba untuk pergi jauh. Tapi semakin aku cuba, semakin itu juga kau hadir. Cukup. Pergilah kau berserta kenangan lalu
Aku mampu melupakan, Perlahan-lahan, tapi pasti...aku akan ke hadapan.