Skip to main content

Slowly, but surely..

Tak akan boleh dengan perasaan sendiri kau tipu
Walau kau cuba sedaya mampu
Untuk lupa dan buang kenangan lalu
Kau akhirnya tewas dengan perasaan itu
Bukan mudah untuk luka itu pulih
Tapi ini jalan yang telah aku pilih
Untuk buang segala rasa sedih
Yang selama ini kasih aku, kau sisih
Masih belum mampu untuk aku buang semua tentang kita
Walau aku cuba untuk pergi jauh langkah sejuta
Tapi kau kejar, ingatkan aku semua tentang kita
Kata kau, hanya kita yang kenal hati sesama kita
Tak mampu aku tafsir, apa kata kau itu cuma sekadar dusta?
Kerana susah untuk aku percaya lagi pada segala kata
Yang datangnya dari kau, seorang yang pernah aku cinta

Kini,
aku cuba untuk pergi jauh.
Tapi semakin aku cuba,
semakin itu juga kau hadir.
Cukup.
Pergilah kau berserta kenangan lalu

Aku mampu melupakan,
Perlahan-lahan, tapi pasti...aku akan ke hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

'17

tq

Tak ada kata-kata lain lagi daripada saya untuk awak, selain ucapan "Terima kasih".

Terima kasih sangat-sangat sebab awak banyak ajar hati ini untuk jadi kuat.
Dan untuk seorang budak yang lembab ni, berusaha setiap hari, setiap minggu, setiap masa untuk jadi yang terbaik dan lebih cantik daripada yang sebelumnya, dia memerlukan 120% usaha daripada dirinya sendiri dan itu semua bukan senang.

Mungkin usaha dia untuk jaga hati awak, teman awak, gembirakan awak, selesakan awak masa hari jadi awak dan tiap-tiap hari tu pun cuma usaha kecil daripada dia yang awak mungkin tak nampak pun dalam setiap hari awak bersama dengan dia. Mungkin bagi awak, semua tu cuma alah! benda kecik secebis je pun, atau mungkin, tak ada nilai pun.

Tapi fikirlah, kalau setiap apa yang dia lakukan untuk awak tu, dia lakukan bersama-sama dengan hati yang tak harapkan apa-apa balasan pun daripada awak. Bagi budak lembab macam saya ni, cukuplah kalau awak happy setiap hari dan memang seronokkk sangat rasan…